Thursday 1 September 2011

Syawal Punya Cerita :D

Assalamualaikum. Ha, lama gilaa tak update nih. Nah, kat sini nak cerita sikit pasal bulan Syawal yang kita sambut dengan kegembiraan :D .



Semua pun tahu yang kita menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal sempena meraikan kejayaan kita berpuasa pada bulan Ramadhan. Semua puasa penuh kan kan kan? Ha, kalau tak penuh tuh InsyaAllah kalau panjang umur perbaiki pada tahun depan. Yang takboleh penuh tu memang takboleh buat apalah kan? :P

Tapi dalam kita seronok2 nih janganlah kita lupa kepada tanggungjawab kita yang sebenar.


ALLAH SWT, Ha, jangan kita lupa tanggungjawab kita atau kewajipan kita sebagai hamba Allah Swt. Almaklumlah, kita ni kalau dah seronok ni kadangkala lupa daratan. Kacang lupakan kulit gitu! Kalau kita perhatikan dalam rumah2 terbuka semua, berapa banyak yang tutup aurat? Yang selalunya bertudung tiba2 freehair, alasannya di rumah. Habis kalau dah orang dtg rumah masa raya, kewajipan tutup aurat tu hilang? H, tu belum cerita pasal solat. Sibuk sangat layan orang, sibuk sangat beraya sampai lupa solat. Saya bukanlah ustaz, tapi masih tau batas2 kita sebagai umat islam. :) . Renung2kan sendiri eh?



KELUARGA, Kita sepatutnya mengambil peluang kat masa raya nih untuk kita meluangkan lebih masa dengan keluarga . Ha, taulah budak2 zaman sekarang nih asal raya je keluar dgn kawan. Sehari dua je dengan mak ayah. Memanglah mak ayah tak bersuara tapi sebenarnya diorang makan hati jugak. Selagi diorang masih ada, atau selagi diorang masih bersama, haragai diorang. Jangan sampai terlambat. Ajal, maut, jodoh semua kita tak tahu. Jadi, cuba luangkan masa dengan keluarga :')


Ha, itulah dia serba sedikit yg saya nak cerita :D . Sorilah kalau panjang sikit, jangan menyampah pulak :P . Okay, kalau ada salah silap semua tu dtg dari kelemahan saya sendiri, yang baik pulak dtg dari Allah Swt. Ingat, raya raya  jugak. Yg nak SPM tu ingat trial jugak. Yg nak PMR pun samalah. Assalamualaikum :D

Sunday 14 August 2011

Ramadhan Datang Lagi :D

Assalamualaikum, bulan Ramadhan nih sering ditunggu2 oleh kita kerana ianya bulan yang penuh kerahmatan, keampunan dan dapat menjauhkan kita daripada api neraka.

Tapi adalah aku dengar tazkirah ni. Pasal kesalahan2 yang sering kita buat masa tengah puasa. Antaranya ;

  • Berbohong
  • Mengumpat
Ramai taktau yang benda2 ni boleh membatalkan puasa atau mensia-sia kan pahala puasa kita. Kiranya kalau kita buat benda-benda ni, sia-sia kita puasa, ye tak?

BERBOHONG, sekarang nih takyah cerita lah. Di mana-mana pun memang banyak orang yang suka menipu.
Lepas tuh alasan dia tipu sunat. Sebenarnya kalau kita tipu untuk kepentingan kita pun tetap dosa, jadi hukum dia sam jelah. Lepas ni takmau tipu-tipu eh? Mak marah :P

MENGUMPAT, ni lagi satu. Orang kata, mengumpat ni cerita buruk tapi betul, jadi takpe kalau cerita kat orang. Tapi ramai taktau, kalau benda tuh betul pun kita takbleh cerita kat orang. Kalau salah kan dah jadi fitnah, kan kan kan? Kalau betul pun kita sedang membuka keburukan orang. Ha, jadi kesimpulannya kita kalau nak bercerita biar benda yang baik, yang buruk kita diamkan je. Okay? :D

Eh, tapi kalau ada salah silap sana sini korang tegur jelah. Mungkin aku silap ke, kan kan kan? Semua manusia buat silap :) . Okaylah sampai sini je dulu. Assalamualaikum,